Wednesday, September 3, 2008

Malaysia malaysian

Apakah itu malaysia malaysian? Bangga kah kita sebagai anak malaysia.....? Bolehkah benar-benar wujud malaysia-malaysian....?

Bagi saya sekiranya ramai rakyat sibuk meminta kesamarataan dan malaysia-malaysian, ini perlu di beri perhatian :

Pertuturan : Bahasa Malaysia
Sekolah : Sekolah kebangsaan sahaja- tak perlu sekolah tamil dan cina
Nama : Nama Malaysia dari bahasa malaysia : Tak ada Tan, Chong. muthu,
Ali, Abu dlln sahaja. He he
Budaya : Budaya malay sahaja. Nama Pun malaysia kan

Untuk pendekkan semuanya kena di malaysiakan. BOLEH TAK?!!

Mesti bolehkan. Sibuk sangat nak samarata, rasanya dah tiba masanya rakyat yang berbilang bangsa ni sedar kita ni rakyat Malaysia. Apa perlu sekolah, budaya, cara hidup lain. Kenalah hidup jadi orang Malaysia macam dahulu. Tak perlu sekolah cina sampai 400 hektar macam di Perak tu. Tak perlu sekolah tamil yang kekurangan pelajar. Guna sekolah kebangsaan sahaja. Jadi pendidikan takada bezanya.

Budaya pun sama, pakai baju malaysia je macam orang baba pakai kebaya. Baju kurung, baju Malay. Tak ada sari-mahal. Kurta. Pakai kain pelikat je. Bolehkan. Bahasa, kenalah Bahasa Malaysia. Macam zaman saya belajar dahulu - 20 tahun dahulu. Bahasa malaysia diajar di sekolah dan bahasa perantaraan. Jadi BAHASA tunggal rasmi. Di mana-mana, rumah, parlimen , ofis, mana-mana.

Tak perlu ada tulisan cina, tamil, urdu di papan-papan tanda macam saranan Teresa KOK!!. Ini Malaysia bukan negara China atau India. MALAYSIA. Jawi pun budaya Malaysia tau. Cina dan India dulu pun pandai Jawi. Orang putih pun tulis surat pada raja kita dalam Jawi. Kata anak malaysia. Kenapa nak unsur dari negara lain. Kata nak malaysia bersatu. Tak wujud racism. Kenapa wujudkan pengasingan. Nak jadi MALAYSIA jadi lah MALAYSIA BETUL-BETUL. Jangan lah Malaysia jadi cacamarba.

Mengapa hendak ubah identiti Malaysia. JADILAH ANAK MALAYSIA SEJATI dahulu barulah boleh wujud samarata.

Ekonomi kena samarata. Tak boleh macam sekarang.

Harap semua pejuang samarata dan yang lantang nak jadi MALAYSIA untuk MALAYSIA jadi anak malaysia berjiwa kental yang tidak mengutamakan bangsa lain selain MALAYSIAN.


Salam anak-anak Malaysia.

2 comments:

MalayMind said...

Yang penting ialah kita perlu ada objektif.

Begitu banyak orang bermimpi semuanya indah, tapi hidup kita bukan selalunya begitu.

Kerajaan hanya mampu menyediakan guidelines. Selebihnya rakyat sendirilah yang menentukan.

tiamia said...

To malaymind,

Hidup sememangnya perlu objektif. Indahnya hidup sekiranya tidak perlu memikirkan orang lain dan keadaan sekeliling.

Apakah perlu dilakukan sekiranya semuanya terhakis? Tidak ada apa yang tinggal lagi bila kita bangun dari tidur lena saperti sekarang ini!!

Salam.