Wednesday, September 17, 2008

KEPUTUSAN PAK LAH



Pertukaran kementerian diantara Pak Lah dan Najib memeranjatkan dan menimbulkan spekulasi yang tidak menentu.


Apakah rasional dibelakang keputusan yang mendadak ini?


  • Menyediakan dan mengambil hati Najib dalam proses peralihan kuasa sebelum 2010.?
  • Pak Lah memerlukan kekuatan tentera dibelakangnya didalam menghadapi tekanan dari anwar dan dari dalam UMNO?
  • Pak Lah bimbang pengaruh Najib didalam pertahanan dan perisikan negara?
  • Pak Lah sudah benar-benar tidak boleh mengawal keadaan ekonomi yang semakin merundum dan menyerahkan kepada Najib untuk cuba memulihkan keadaan?
  • Pak Lah bersiap-sedia menghadapi kemungkinan' state of emergency'?

Sekiranya dilihat daripada segi logik dan timing, sememangnya pelik keputusan PM kita ini. Ada yang berpendapat ianya tindakan yang desperate, irrational dan childish. Ada juga yang berpendapat ini adalah langkah dan strategi bijak Pak Lah dan penasihat-penasihat beliau untuk menyelamatkan keadaan Pak Lah yang semakin runcing sekarang.

Apa-apa pun yang semakin gawat ialah orang melayu didalam BN.

Sekiranya tindakan orang nombor satu negara ini hanya bertujuan menjaga kepentingan politik peribadinya dan orang-orang yang bergantung pada beliau, maka malang sungguhlah kita dan parti UMNO. Akan bertambah marahlah mereka yang tidak sehaluan dengan Pak Lah.

Sekiranya tindakan Pak Lah ini dirancang untuk memperkukuhkan pertahanan dan ekonomi negara, menjernihkan keadaan yang semakin kelam ini, kita berdoalah agar percaturan Pak Lah ini membawa kejayaan dan pengukuhan didalam parti.

UMNO yang tergugat dan goncang dengan pepecahan didalam parti perlu berkompromi untuk mewujudkan kekuatan. Mungkin dengan penerimaan mantan PM sebagai penasihat parti boleh membawa kepada pengukuhan ini dan mengurangkan geseran daripada dalam. Itupun kalau yang dinasihati dengar cakap. Kalau buat pekak telinga, alamat tercetuslah perang dingin dan saudara yang lebih hebat dari sekarang lagi. Hancur berkecai jadinya....

Pemimpin dan orang melayu kebanyakkannya sedar yang kedudukan melayu di Malaysia sekarang tergugat dengan adanya pihak-pihak yang cuba menafikan adanya, wujudnya kuasa dan ketuanan melayu di tanah air ini. Perkongsian kuasa yang ada dikatakan sudah tidak relevan. Semangat yang ditiupkan oleh anwar semakin membuak-buak di jiwa bukan melayu yang tidak sabar menguasai pemerintahan.

Apa pemimpin melayu kita buat sekarang? Bertelagah, baik didalam UMNO, didalam PAS, diantara UMNO dan PAS, (PKR tak payah ceritalah. Bagi mereka melayu tidak patut jadi bangsa yang mendominasi tanah air sendiri. Mereka berkerja keras untuk menjatuhkan melayu didalam dan diluar negeri.)

Cuba lihat bangsa yang lain. Kukuh dan teguh bersama. Disokong pula oleh melayu yang pentingkan mereka. Makin kukuh. Ekonomi dan politik. Kesian kita....

PAK LAH MESTI MEMBUAT KEPUTUSAN SEGERA YANG BOLEH MEMBAWA KEPADA PENYATUPADUAN PARTI DAN ORANG MELAYU AMNYA. JANGAN SUKA MENGAMBIL SIKAP LIHAT DAN TUNGGU, takut terlambat nanti dan susah jadinya...

2 comments:

abe MIE 'TERJAH' said...

pertukaran sebagai plan peralihan kuasa dipercepatkan..

satu lagi, cara pak lah ini sebenarnya hendak menyindir anwar dan suruh dia sakit hati...

yg geram cina pergunakan melayu untuk rosakkan melayu dan melayu hentam melayu asalkan cina naik...

tiamia said...

abe mie,

betul kata abe mie tu. apa kata kiat melayu bersatu, tingkatkan lagi ekonomi anak melayu. Prestasi dalam pendidikan dan pembelajaran. Ukhwah didalam komuniti. Perlu bersatu untuk kukuh.