Tuesday, November 25, 2008

Salam lama tak jumpa.........

Lama sangat dah Tia hilang. Sejak raya ni.... Tak sihat dan sibuk mengurus hal peribadi.

Whats up and whats new in the market??????

Besides Obama dah mula menyusun strategi pemerintahan, rasanya harga minyak dah turun amat rendah. Bursa saham malaysia pun nampaknya dah ke tahap menyedihkan.

Kena berjimat dan berhati-hati kita nampak gayanya.

Umno masih bergolak dan belum reda lagi. Hangat dengan pemilihan. Rata-rata meperkatakan, no money politik!'. Yet, money is the key booster!!!! For vote, for power!!

Now, who do you want to blame for this......

Yang DI UNDI atau yang MENGUNDI?

Yang di undi takut kalau tak hulur tidak ada yang sokong dia, maka kalahlah dia. Kalau tak hulur, tak de orang nak buat kerja untuk dia untuk raih undi perwakilan. Tidak terkenal lah dia.


Yang mengundi kalau tak hulur akan berkata, buat apa aku undi dia, sombong kedekut, langsung tak hulur. Dia ingat semua percuma. Bayangkan kalau yang satu ni hulur, yang satu lagi buat tak faham, buat muka sadin, mestilah dia undi yang nampak gaya prihatin dan murah hati. Yang kedekut nak keluar belanja tu, nasiblah kan...........

Itu lah yang terjadi sekarang..... siapa sebenarnya yang patut bersalah dan insaf. Sepatutnya takut akan hukum ALLAH.....Rasanya semua dah lupa ada dosa besar yang menanti kalau tersilap langkah.

Adakah sememangnya budaya buruk yang telah lama menyerap sejak 20 tahun dulu tidak boleh diubah lagi. Kerana inikah ramai yang berebut menjadi perwakilan hanya kerana habuan gula-gula yang menunggu??? ALAHAI......

Sedih rasanya beberapa minggu lalu bila saya meminta beberapa orang kuat bahagian untuk mencalonkan dan menyokong seseorang calon untuk bertanding.

Rata-rata jawaban yang diterima ialah -

"Berapa budget dia??"

"Hulurlah sikit, senang nak gerakkan team.."

"Apa yang dia boleh bagi kalau kita calonkan dia"

"Calonkan boleh tapi nanti kalau nak dapat undi perwakilan, kena lah sponsor...."

"Buat apa sokong dia, kedekut! Langsung tak nak hulur. Kerja bukan percuma. Duit minyak, makan minum siapa nak tanggung!!"


He he he he he..... semua kena pakai wang, money, ringgit dan duit. Ada yang minta projek. Terus hulur profile company. Bertimbun-timbun. Tau pulak tu projek mana yang nak keluar dan available. Kelakar betul. Pening kepala candidate.....

APA DAH JADI!!!!!!! Ni survival ke trend ye.....