Saturday, September 20, 2008

Majulah anak melayu Majulah anak bangsaku

  • Dimanakah kita didalam ekonomi negara ini?

Jauh ketinggalan.

  • Siapa sebenarnya yang menguasai ekonomi negara kita?

Bangsa bukan melayu dan bumiputera yang selalu mengadu didiskriminasikan.

  • Berapakah penguasaan kita didalam bidang ini?

Masih kurang daripada 30% keseluruhan, malah ada yang melaporkan kurang 20%.

  • Mampukah kita bersaing dimasa hadapan sekiranya tidak ada sokongan lagi daripada pihak kerajaan?

Susah buat masa sekarang. Sekiranya kita masih bersikap terlalu santai dan puas hati

(complacent), amat susah untuk bersaing. Terlalu bergantung kepada bantuan dan

dorongan kerajaan, kurang usaha sendiri akan menjadikan daya ketahanan

kita rapuh.

APAKAH YANG PERLU DILAKUKAN?

Perlu ada perasan ikhlas untuk memajukan bangsa. Perlu membuka minda untuk bersama-sama maju. Sikap saperti enau, melepaskan kepentingan sendiri, dielakkan. Sikap saperti aur dengan tebing perlu diamalkan. Perlu bersungguh. Gigih dan bijak.

Jarang sekali kita lihat mereka yang sudah maju dan berjaya, berusaha untuk memajukan dan membantu anak muda yang baru bertatih untuk bersama-sama berjaya. Mungkin takut akan ada persaingan didalam bidang yang diceburi.

Ramai juga yang didorong didalam perniagaan atau yang menceburi bidang-bidang tertentu tidak komited. Melepaskan batuk ditangga. Sayang kerana peluang hanya datang sekali.

Pasti ada jalan penyelesaian dan cara untuk memacu anak bangsaku cemerlang seterusnya menguasai ekonomi negara ini. Bersama-samalah kita memikirkan untuk terus maju dan unggul. Ini penting kerana sekiranya kita terus lalai, kita pasti akan menumpang di bumi kita sendiri.

Salam.

No comments: