Tuesday, November 25, 2008

Salam lama tak jumpa.........

Lama sangat dah Tia hilang. Sejak raya ni.... Tak sihat dan sibuk mengurus hal peribadi.

Whats up and whats new in the market??????

Besides Obama dah mula menyusun strategi pemerintahan, rasanya harga minyak dah turun amat rendah. Bursa saham malaysia pun nampaknya dah ke tahap menyedihkan.

Kena berjimat dan berhati-hati kita nampak gayanya.

Umno masih bergolak dan belum reda lagi. Hangat dengan pemilihan. Rata-rata meperkatakan, no money politik!'. Yet, money is the key booster!!!! For vote, for power!!

Now, who do you want to blame for this......

Yang DI UNDI atau yang MENGUNDI?

Yang di undi takut kalau tak hulur tidak ada yang sokong dia, maka kalahlah dia. Kalau tak hulur, tak de orang nak buat kerja untuk dia untuk raih undi perwakilan. Tidak terkenal lah dia.


Yang mengundi kalau tak hulur akan berkata, buat apa aku undi dia, sombong kedekut, langsung tak hulur. Dia ingat semua percuma. Bayangkan kalau yang satu ni hulur, yang satu lagi buat tak faham, buat muka sadin, mestilah dia undi yang nampak gaya prihatin dan murah hati. Yang kedekut nak keluar belanja tu, nasiblah kan...........

Itu lah yang terjadi sekarang..... siapa sebenarnya yang patut bersalah dan insaf. Sepatutnya takut akan hukum ALLAH.....Rasanya semua dah lupa ada dosa besar yang menanti kalau tersilap langkah.

Adakah sememangnya budaya buruk yang telah lama menyerap sejak 20 tahun dulu tidak boleh diubah lagi. Kerana inikah ramai yang berebut menjadi perwakilan hanya kerana habuan gula-gula yang menunggu??? ALAHAI......

Sedih rasanya beberapa minggu lalu bila saya meminta beberapa orang kuat bahagian untuk mencalonkan dan menyokong seseorang calon untuk bertanding.

Rata-rata jawaban yang diterima ialah -

"Berapa budget dia??"

"Hulurlah sikit, senang nak gerakkan team.."

"Apa yang dia boleh bagi kalau kita calonkan dia"

"Calonkan boleh tapi nanti kalau nak dapat undi perwakilan, kena lah sponsor...."

"Buat apa sokong dia, kedekut! Langsung tak nak hulur. Kerja bukan percuma. Duit minyak, makan minum siapa nak tanggung!!"


He he he he he..... semua kena pakai wang, money, ringgit dan duit. Ada yang minta projek. Terus hulur profile company. Bertimbun-timbun. Tau pulak tu projek mana yang nak keluar dan available. Kelakar betul. Pening kepala candidate.....

APA DAH JADI!!!!!!! Ni survival ke trend ye.....

Friday, October 10, 2008

UMNO dan Pemimpinnya

Kita masih menunggu apakah yang akan terjadi pada pemilihan MAC ini. Bahang yang semakin panas dirasai dimerata-rata cawangan dan bahagian.

Pak Lah undur, perlukah Najib berundur atau bertanding Presiden. Atau akur kah yang lain pada peralihan kuasa Presiden dan tidak mencabar Najib.

Nama yang disebut-sebut yang ada taring untuk mencabar jawatan no 1 ialah Muhyiddin. tan Sri yang ini ramai penyokong. Debgar kabar kalau bertanding timbalan sudah tentu didalam tangan.

Zahid Hamidi mencuba nasib nak tanding jadi timbalan. Ramai yang menasihatkan Dato kita ni untuk tanding Naib dulu. Marah betul orang keliling dato bila ada yang mengatakan Dato belum cukup ummp untuk tanding timbalan. high risk.

Tan Sri Mat pertahan jawatan naib. mampukah TanSri bertahan kali ini. Kita lihat betapa gigih pemimpin muda mahu mengambil alih semua jawatan adakah ruang untuk calon veteran.

Khairy dan Mukris. Dua-dua berada ditempatnya kerana bapa mertua dan bapanya. mampukah menang atas dasar prestasi diri sahaja. kita tunggu lah nanti. Adakah pemuda sudah bijak atau masih ditakuk lama.

Thursday, October 2, 2008

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

SELAMAT HARI RAYA
KAMI UCAPKAN

KEPADA MUSLIMIN JUGA MUSLIMAT

SEMOGA HARI YANG MENDATANG DIBERKATI ILAHI......

Sunday, September 21, 2008

Aman Sikit..........

.
21/9/08
.
Diri merasa aman sedikit selepas tarikh 16 September berlalu. Tidaklah setegang dan sebengang kepala memikirkan apa akan terjadi pada 1609 sebelum itu.
.
Tidak banyak berita sensasi minggu ini, cuma kisah pertukaran Pak Lah & Najib, cerita Miss Kok yang membosankan dan blogger-blogger kena tahan.
.
Lebih lagi aman agaknya sekiranya Tun dan Pak Lah berdamai. Kalau Tun boleh berdamai dengan orang lain yang berbeza pendapat dengan beliau selama ini, apa salahnya berdamai dengan Pak Lah. Kukuh UMNO.
.
Berbaik UMNO dan PAS, kukuh melayu.
.
Raya dah dekat, eloklah bermaaf-maafan demi keharmonian kita semua.
.
Melayu lemah dek kerana pertelagahan yang tidak membina. Pemimpin-pemimpin yang selama ini ditegur secara ikhlas untuk memperbaiki prestasi kepimpinan sepatutnya mengambil iktibar akan keadaan kalut dan keharmonian dalaman yang merundum. Ambil tiga langkah kebelakang dan renungi keadaan diri sendiri. Lihat dan amati dimana kita terlanjur melakukan kesilapan dan perbaiki. Buka telinga dan mata hati. Dengar rungutan dan nasihat. Bersama menjadi satu pasukan yang kuat dan kukuh. Melayu lemah kerana cuba menjatuhkan satu sama lain. Bersatu pertahankan maruah bangsa dan tanahair!!!
.
Jangan sesekali beri ruang kepada musuh untuk mencari salah kita. Memecahbelahkan kita.
.
Musuh yang menyerang dari luar dan nyata, kita nampak. Walaupun susah hendak ditangani tetapi kalau strateginya jelas boleh lah kita mempertahankan benteng dan menyerang semula. Yang paling bahaya dan dengan mudah mampu memusnahkan kita ialah musuh-musuh dari dalam. Hendak diibaratkan saperti musuh dalam selimut pun boleh. Macam kanser mereka ni. Bernanah dan berkudis, menyerang senyap-senyap dari dalam, bila kita sedari sudah merebak dan terlambat untuk dipulihkan. Diagnose dan buangkan jauh-jauh.
.
Satu lagi, Dajjal bangsa yang pentingkan diri. Jenis yang ini tidak perduli apa akan terjadi walaupun maruah bangsa dan ugama tergadai!!!! Asal dia menang dan berkuasa. Memang bahaya. Akan tetapi sekiranya kita bijak, kita tidak akan terpengaruh dengan janji dan dakyahnya. Kita tidak sokong, rebahlah dia. Yang menyokong tu..... samalah status dengan dia. Kalau goyah dan jatuh bangsa melayu di tanah sendiri berjawablah kepada generasi kita di masa akan datang.........!(dari segi sejarah, dari zaman melaka dan inggeris, melayu jatuh dikhianati bangsa sendiri.. jangan berulang lagi)
.
Kalau pemimpin kita saling memahami dan ketepikan ego masing-masing, kita buang dan asingkan musuh didalam selimut, hapuskan pemusnah bangsa, AMAN!!!!
.
Insyaallah aman.........dan lega hati orang melayu. Aman hati melayu, aman Malaysia...
.
Susah nak buat ke?????

Saturday, September 20, 2008

Majulah anak melayu Majulah anak bangsaku

  • Dimanakah kita didalam ekonomi negara ini?

Jauh ketinggalan.

  • Siapa sebenarnya yang menguasai ekonomi negara kita?

Bangsa bukan melayu dan bumiputera yang selalu mengadu didiskriminasikan.

  • Berapakah penguasaan kita didalam bidang ini?

Masih kurang daripada 30% keseluruhan, malah ada yang melaporkan kurang 20%.

  • Mampukah kita bersaing dimasa hadapan sekiranya tidak ada sokongan lagi daripada pihak kerajaan?

Susah buat masa sekarang. Sekiranya kita masih bersikap terlalu santai dan puas hati

(complacent), amat susah untuk bersaing. Terlalu bergantung kepada bantuan dan

dorongan kerajaan, kurang usaha sendiri akan menjadikan daya ketahanan

kita rapuh.

APAKAH YANG PERLU DILAKUKAN?

Perlu ada perasan ikhlas untuk memajukan bangsa. Perlu membuka minda untuk bersama-sama maju. Sikap saperti enau, melepaskan kepentingan sendiri, dielakkan. Sikap saperti aur dengan tebing perlu diamalkan. Perlu bersungguh. Gigih dan bijak.

Jarang sekali kita lihat mereka yang sudah maju dan berjaya, berusaha untuk memajukan dan membantu anak muda yang baru bertatih untuk bersama-sama berjaya. Mungkin takut akan ada persaingan didalam bidang yang diceburi.

Ramai juga yang didorong didalam perniagaan atau yang menceburi bidang-bidang tertentu tidak komited. Melepaskan batuk ditangga. Sayang kerana peluang hanya datang sekali.

Pasti ada jalan penyelesaian dan cara untuk memacu anak bangsaku cemerlang seterusnya menguasai ekonomi negara ini. Bersama-samalah kita memikirkan untuk terus maju dan unggul. Ini penting kerana sekiranya kita terus lalai, kita pasti akan menumpang di bumi kita sendiri.

Salam.

Wednesday, September 17, 2008

KEPUTUSAN PAK LAH



Pertukaran kementerian diantara Pak Lah dan Najib memeranjatkan dan menimbulkan spekulasi yang tidak menentu.


Apakah rasional dibelakang keputusan yang mendadak ini?


  • Menyediakan dan mengambil hati Najib dalam proses peralihan kuasa sebelum 2010.?
  • Pak Lah memerlukan kekuatan tentera dibelakangnya didalam menghadapi tekanan dari anwar dan dari dalam UMNO?
  • Pak Lah bimbang pengaruh Najib didalam pertahanan dan perisikan negara?
  • Pak Lah sudah benar-benar tidak boleh mengawal keadaan ekonomi yang semakin merundum dan menyerahkan kepada Najib untuk cuba memulihkan keadaan?
  • Pak Lah bersiap-sedia menghadapi kemungkinan' state of emergency'?

Sekiranya dilihat daripada segi logik dan timing, sememangnya pelik keputusan PM kita ini. Ada yang berpendapat ianya tindakan yang desperate, irrational dan childish. Ada juga yang berpendapat ini adalah langkah dan strategi bijak Pak Lah dan penasihat-penasihat beliau untuk menyelamatkan keadaan Pak Lah yang semakin runcing sekarang.

Apa-apa pun yang semakin gawat ialah orang melayu didalam BN.

Sekiranya tindakan orang nombor satu negara ini hanya bertujuan menjaga kepentingan politik peribadinya dan orang-orang yang bergantung pada beliau, maka malang sungguhlah kita dan parti UMNO. Akan bertambah marahlah mereka yang tidak sehaluan dengan Pak Lah.

Sekiranya tindakan Pak Lah ini dirancang untuk memperkukuhkan pertahanan dan ekonomi negara, menjernihkan keadaan yang semakin kelam ini, kita berdoalah agar percaturan Pak Lah ini membawa kejayaan dan pengukuhan didalam parti.

UMNO yang tergugat dan goncang dengan pepecahan didalam parti perlu berkompromi untuk mewujudkan kekuatan. Mungkin dengan penerimaan mantan PM sebagai penasihat parti boleh membawa kepada pengukuhan ini dan mengurangkan geseran daripada dalam. Itupun kalau yang dinasihati dengar cakap. Kalau buat pekak telinga, alamat tercetuslah perang dingin dan saudara yang lebih hebat dari sekarang lagi. Hancur berkecai jadinya....

Pemimpin dan orang melayu kebanyakkannya sedar yang kedudukan melayu di Malaysia sekarang tergugat dengan adanya pihak-pihak yang cuba menafikan adanya, wujudnya kuasa dan ketuanan melayu di tanah air ini. Perkongsian kuasa yang ada dikatakan sudah tidak relevan. Semangat yang ditiupkan oleh anwar semakin membuak-buak di jiwa bukan melayu yang tidak sabar menguasai pemerintahan.

Apa pemimpin melayu kita buat sekarang? Bertelagah, baik didalam UMNO, didalam PAS, diantara UMNO dan PAS, (PKR tak payah ceritalah. Bagi mereka melayu tidak patut jadi bangsa yang mendominasi tanah air sendiri. Mereka berkerja keras untuk menjatuhkan melayu didalam dan diluar negeri.)

Cuba lihat bangsa yang lain. Kukuh dan teguh bersama. Disokong pula oleh melayu yang pentingkan mereka. Makin kukuh. Ekonomi dan politik. Kesian kita....

PAK LAH MESTI MEMBUAT KEPUTUSAN SEGERA YANG BOLEH MEMBAWA KEPADA PENYATUPADUAN PARTI DAN ORANG MELAYU AMNYA. JANGAN SUKA MENGAMBIL SIKAP LIHAT DAN TUNGGU, takut terlambat nanti dan susah jadinya...

Monday, September 15, 2008

Antara ISA dan Mahkamah terbuka

Apabila kerajaan menahan Cik Kok dan Encik Petra, riuh rendah lah umat PR dengan pelbagai protes dan komen, sehingga MB Khalid sanggup mengatakan akan melantik dan membiayai peguam dari luar sekalipun untuk membebaskan Cik Kok.

Pagi ini saya dapat sms dari seorang teman berbangsa cina, I want to join Teresa in ISA, would you like to join me?? Kesian kawan tu.. lama mengenali saya tetapi tidak memahami saya...

Jawapan saya senang pada dia..

Why does she has to play with the malays and muslims sentiment. In this case her action and statements are very glaring she even does not have to go for any trial.... She does it publicly, she ignites the malay community's sentiment...... Now she has to face it.

1. She is adamant to have the Selangor Government (within the first month of PR in power) to proceed on the largescale PIG FARM in a malay concentrated area. She was even reported on having a pig/pork feast/barbeque with her DAP counterparts openly.... Melayu Selangor naik marah... boleh tahan lagi..

2. She touches the issue on the road signages with the JAWI scribe. She suggested changes that requires the Chinese and Tamil characters to replace the JAWI writing. She wants the Malay character abolished!!! How dare you do that!!! You expect the malays to just smile and nod our head...She wants to be racial. Not one malaysian. multiple malaysian. She wants to highlight that other races should be dorminant in malaysia. First, abolish their writing... then they will eventually disappear.... marah lah melayu. (Saya bangun pagi-pagi tengok dia mainkan isu ni terus menyirap. Tak tau lah orang lain lagi)

3. She touches the issue on the AZAN.... that is sinful. She denies it. Did she ever wonder why these people did not accuse xavier or elizabeth nor ronnie on this matter??? Because she brought it up and then denies it. She again kept on harping on it.....

4. These are the cases that are brought up to the public attention. No way she can deny it. Its public. Its hurting us malay. It is the very essence that can trigger the malay's protest. She is proud of doing it. She could not be bothered if it creates racial unrest. .... She qualify to be silence in ISA. Let loose she might just push the malays to angkat PARANG eventually... THINK!!! Mungkin banyak lagi agenda dia....

5. As for Petra, I guess he is a muslim because he is born muslim. Whether he lives the life of a muslim only he knows. For a muslim to insult his own religion or allow anyone to do so it is very sad... biarlah Allah tentukan nasibnya...Allah maha kaya....maha mengetahui....


Below is what I felt that also contribute to the malay insecurity feeling:

ECONOMICS

The malays has long felt the economic inbalance. Quotas that has been created to help the malays was even questioned and lately some has been abolished. The rate of poverty that is still high in the malay community. A lot of effort is needed if the malays are to equalise the percentage in the economic dorminance. The malays are not striving in their own motherland. When the contracts are slowly given and completed by the malays, the dorminant chinese business associates felt threaten. They then say we are racial. Kita tak bole cari makan kata mereka. What they did not see is the opportunity that is so wide open for them. They just want it all for themselves, sayang kalau kongsi agaknya. Yang lain boleh sama rata. Ekonomi untuk dimonopoli oleh satu bangsa sahaja ke??? Then, way of life, adat and religion is also insulted. Provoked, any races, how mild and tolerant they are, can turn violent eventually. Orang melayu dah lama mengalah... banyak memberi peluang... jangan lah di pijak kepala kita...sure melawan!!!

I think the government using the ISA act again this time is appropriate despite the protests that is going on. Open court will be a waste of time and will invoke more racial instability. Zaid should know this and not protest from within. ini melemahkan integriti dan keputusan Kerajaan. Khalid bersuara lantang kerana dia pembangkang. Kena jadi hero.

Perkara-perkara membabitkan perkauman perlu tindakan keras kalau tidak akan bermandi darahlah rakyat. Ini kerana walaupun nampak remeh akan mejadi besar dan hilang kawalan. Banyak yang taksub dengan bangsa masing-masing menunggu alasan untuk melawan sahaja.

Kes Hindraf hampir mencetuskan persengketaan kaum. Banyak melayu jadi meluat setelah melihat hindraf biadap dan melampau. Masuk ISA, senyap dan aman kita. Koh dari Gerakan menjadi sasaran kemarahan melayu kerana kenyataan-kenyataan yang melampau . Kalah PRU12 salahkan melayu. Jangan lah keterlaluan. Nasib baik ketua UMNO sekarang tu penyabar... kalau saya sumbat je. Aman sikit.

Yes, a handful of malays are contented. Example, MB Khalid. He got a handshake deal from PNB those days. He has nothing to complain...Many other malays too has benefited all these years but how many??? ...Jadi jangan pertikaikan kalau melayu teringin hendak maju.... kalau melayu perlu pertahankan hak. Ini tanahair kita. Perlu untuk masa depan anak-anak dan cucu-cucu... perlu ada situasi seimbang dimana anak-anak kita mampu bersaing. Peluang yang ada sekarang masih belum seimbang. Banyak syarikat bukan bumiputra yang masih mementingkan bangsa mereka sendiri. Itu sudah lumrah....The malays has to work harder to be at PAR!!!