Friday, October 10, 2008

UMNO dan Pemimpinnya

Kita masih menunggu apakah yang akan terjadi pada pemilihan MAC ini. Bahang yang semakin panas dirasai dimerata-rata cawangan dan bahagian.

Pak Lah undur, perlukah Najib berundur atau bertanding Presiden. Atau akur kah yang lain pada peralihan kuasa Presiden dan tidak mencabar Najib.

Nama yang disebut-sebut yang ada taring untuk mencabar jawatan no 1 ialah Muhyiddin. tan Sri yang ini ramai penyokong. Debgar kabar kalau bertanding timbalan sudah tentu didalam tangan.

Zahid Hamidi mencuba nasib nak tanding jadi timbalan. Ramai yang menasihatkan Dato kita ni untuk tanding Naib dulu. Marah betul orang keliling dato bila ada yang mengatakan Dato belum cukup ummp untuk tanding timbalan. high risk.

Tan Sri Mat pertahan jawatan naib. mampukah TanSri bertahan kali ini. Kita lihat betapa gigih pemimpin muda mahu mengambil alih semua jawatan adakah ruang untuk calon veteran.

Khairy dan Mukris. Dua-dua berada ditempatnya kerana bapa mertua dan bapanya. mampukah menang atas dasar prestasi diri sahaja. kita tunggu lah nanti. Adakah pemuda sudah bijak atau masih ditakuk lama.

1 comment:

azlishukri said...

banyak yang mementingakan diri sendiri..